Monday 28 March 2011

fiza: KALAU BENAR INGIN MENDAHULUKAN RAKYAT!

fiza: KALAU BENAR INGIN MENDAHULUKAN RAKYAT!: "Bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-..."

KALAU BENAR INGIN MENDAHULUKAN RAKYAT!


Bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (tauhid), pandangan hidup (“mind-set”) dan asas nilai yang kukuh. Langkah “back to basic” (kembali kepada fitrah) ini mestilah bermula dengan membina sifat ikhlas dalam diri ahli-ahli politik.

Satu ketika dahulu, gagasan berpolitik sebagai satu ibadah pernah diuar-uarkan. Gagasan itu seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan parti politik untuk bermuhasabah apakah prinsip, pendekatan dan pelaksanaan agenda politik mereka sudah boleh dianggap ibadah?

Kita sangat mengalu-alukan jika saranan itu dibuat dengan hati yang tulus dan serius. Siapa yang tidak inginkan pejuang agama, bangsa dan negara yang ikhlas? Pembinaan sifat ikhlas tentulah bermula dengan meletakkan segala urusan atas niat kerana Allah.

Lalu apa maksudnya “kerana Allah” dalam berpolitik? Sebagai permulaan, tujuan politik itu mestilah dikaitkan dengan tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah yakni menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi.

Untuk menjadi hamba Allah, ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada-Nya. Ini soal akidah. Dan sebagai khalifah ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional berpandukan peraturan (syariat) Allah.

Dalam konsep berpolitik sebagai satu ibadah, Allah mesti menjadi paksi segala dorongan (“God Centred”). Pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara mestilah berpandukan syariat. Inilah teras sifat ikhlas, yakni merasakan berbuat atau meninggalkan sesuatu hanya kerana dan untuk Allah.

Keikhlasan hanya akan dapat diperkukuhkan jika iman disuburkan, syariat diamalkan. Pada ketika itu kedudukan dan jawatan dilihat sebagai satu amanah bukan lagi satu anugerah. Politik akan dilihat sebagai satu peluang untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi.

Dengan menghayati konsep tersebut barulah lahir ahli politik yang benar-benar bertanggungjawab (sanggup menanggung dan menjawab di depan Allah apabila dipersoalkan di akhirat kelak). Di akhirat nanti apa yang kita tanggung di dunia, akan disoal dan kita mesti menjawabnya di hadapan Allah.

Bagi ahli politik jenis ini, kerja-kerja politik adalah juga urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal kepentingan diri dan parti di dunia tetapi berkait terus dengan amanah Allah dan nasibnya di akhirat.

Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep politik sebagai satu ibadah ini, maka dengan sendirinya kepentingan rakyat akan di dahulukan. Mendahulukan rakyat bererti “mengemudiankan” diri sendiri. Sikap mengutamakan kepentingan orang lain bukan mudah dicapai kecuali oleh mereka yang benar-benar beriman.

Hanya orang beriman sahaja yang boleh mencintai orang lain seperti mana mencintai diri sendiri. Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencinta saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”

Yakinlah, hanya dengan pendidikan iman akan melahirkan ahli politik yang ikhlas. Dan hanya ahli politik yang ikhlas mampu mendahulukan kepentingan rakyat!


fiza.................

KUALITI HATI PADA KEMANISAN IMAN

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.



Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!



Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!



Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?


fiza................

Thursday 24 March 2011

fiza: luahan perasaan geramku...

fiza: luahan perasaan geramku...: "... sudah 2 hari aku tak dapat tengok email aku, anything tentang keje2 aku semua kat situ.....FB aku pun tak dapat nak buka..yang pastin..."

luahan perasaan geramku...

...


sudah 2 hari aku tak dapat tengok email aku, anything tentang keje2 aku semua kat situ.....FB aku pun tak dapat nak buka..yang pastinya password email aku dan fb aku ada somebody yang tukar.....sedih...situlah apa shj memudahkan urusan keje aku....somebody ni yang tukar soalan yahoo mail aku...pelik aku.....pastu aku sempat dpt tgk email aku dan fb pada rabu pagi semalam....so aku skrg loss contact ngan kawan2 aku merata tempat.....siapalah yang tidak bertanggungjawab wat aku begini......aku tak pernah kaco hak org tapi org lain kaco hak aku.....sedihnya mmg tak terkata.....yup aku pasti ada somebody compromised email dan FB aku....tanyalah sapa sapapun akan marah dan geram bila berlaku begini...so klu fb yg aku tak leh buka tu ada org gunakan atau komen ...itu bukan aku..tapi somebody....elakkan menjawab komen yek kerana itu bukan saya yang bals....


blog ni tmpat saya sampaikan klu fb tu tak dpt saya nak access...

sekian terima kasih..

attention!!!

Tuesday 22 March 2011

yakin pada diri sendiri.....


APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!



Syarat utama bagi kejayaan dalam sesuatu komunikasi (perhubungan) ialah kepercayaan. Yang dimaksudkan dengan kepercayaan dalam perhubungan ialah rasa percaya seseorang terhadap orang yang dihubungi – jika perhubungan itu keluar. Atau kepercayaan seseorang terhadap dirinya sendiri – jika perhubungan itu ke dalam diri sendiri.



Sekiranya kepercayaan seseorang itu tinggi terhadap dirinya sendiri, maka ia akan berjaya dalam komunikasi dengan dirinya sendiri. Sebaliknya, jika kepercayaan seseorang sudah terjejas, apalagi jika sudah pupus, maka sukarlah komunikasi berlaku samada secara dalaman atau luaran.



Komunikasi dalaman, sangat berkait dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Sedangkan komunikasi luaran berkait dengan kepercayaan terhadap orang lain. Kita akan gagal berkomunikasi dengan diri sendiri jika kepercayaan terhadap diri sendiri menjadi lemah. Dan begitu juga, kita akan gagal berkomunikasi dengan orang lain jika kita tidak ada sifat saling percaya-mempercayai.





Sikap tidak mempercayaai diri sendiri adalah lebih merosakkan kita daripada sikap tidak mempercayai orang lain. Orang yang tidak percaya akan kemampuan, kebolehan dan kelebihan dirinya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Oleh itu, kita mestilah selalu mempertingkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri, untuk membolehkan kita melakukan ‘self motivated’. Dan salah satu cara untuk ‘self motivated’ ialah dengan melakukan komunikasi dalaman.



Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu memperkatakan tentang bagaimana seseorang dapat membantu seseorang yang lain melalui perantaraan komunikasi. Tetapi jarang kita mendengar seseorang membantu dirinya sendiri melalui perantaraan komunikasi. Apakah kita perlu bercakap-cakap dengan diri sendiri? Apakah ini gila namanya? Kalau boleh, bagaimana? Bagaimanakah yang dikatakan kita sedang berkomunikasi dengan diri sendiri?





Antara dua bahagian komunikasi ini, komunikasi dalaman mempunyai kesan yang besar pada manusia. Sayangnya, ia selalu diabaikan dan dipinggirkan berbanding komunikasi luaran. Tidak seperti komunikasi luaran yang kerap dititik-beratkan, dijaga dan dipelajari, komunikasi dalaman kekadang tidak dipedulikan lansung, apalagi hendak dipertingkatkan Manusia kerap kali mementingkan hubungannya dengan manusia lain, tanpa menyedari bahawa dia juga amat perlu untuk berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Inilah yang dikatakan komunikasi ke dalam diri.



Kemahiran berkomunikasi dalaman inilah yang boleh menentukan kemampuan seseorang memilih responnya. Jika kemampuannya tinggi, maka semakin berkuasalah seseorang dalam memilih tindakannya dan semakin berjayalah ia dalam hidupnya.



Banyak faktor yang menentukan kemampuan atau tahap komunikasi dalaman. Antaranya yang paling utama ialah faktor keyakinan. Keyakinan mempunyai kesan yang sangat besar kepada pancaindera yang lima bila berdepan dengan respon. Siapa yang mempunyain keyakinan yang kuat, maka pancainderanya juga akan kuat untuk mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang positif terhadap respon yang dihadapinya.



Keyakinan pula dibentuk oleh ibu-bapa, suasana, kawan, guru dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup. Jika keyakinan kita positif, maka positif jugalah komunikasi dalaman yang berlaku ke dalam diri kita. Orang yang mempunyai keyakinan yang kuat dan positif, akan menjadi seorang yang rajin, positif dan optimis. Sebaliknya, jika keyakinan seseorang lemah, maka seseorang akan menjadi malas, negatif dan pesimis.



Faktor kedua ialah percakapan terahadap diri sendiri. Percayakah kita bahawa dalam sehari kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding bercakap dengan orang lain. Malangnya, 70% percakapan terhadap diri sendiri ini adalah negatif. Untuk berjaya, percakapan yang negatif ini mesti ditukar kepada yang positif. Jika tidak, kita akan melakukan sabotaj terhadap diri sendiri. ”Aku tidak boleh” mesti ditukar kepada ”aku boleh.”



Jadi, semaklah apa yang kita selalu katakan kepada diri sendiri… Apakah negatif atau positf? Jangan biarkan kita menjadi musuh terhadap diri sendiri dengan komunikasi yang menyebabkan kita ’gagal’ sebelum gagal!


by fiza..

Saturday 19 March 2011

LIRIK ALWAYS BE THERE ,NEVER FORGET and SUBHANALLAH....masyaAlllah terlau byk KAU beri nikmat kepada manusia tetapi manusia tidak bersyukur kepada mereka yang menyekutukan MU .....hambamu yang kerdil ini....KAU JATUHKAN BALA kepada mereka yang menyekutukan , mengingkari perintahMU .....suhanaAllah amat dasyat bala yang MU timpa terhadap manusia...aku percaya YA ALLAH KAU sudah berjanji sesiapa yang membuat kerosakkan di bumi, menyekutukan mu....YA Allah Maha menepati janji...tidak seperti manusia yang sentiasa mengingkari janji ........terlalu kerdil hambamu .....terlalu tkt apabila MU marah kepada Manusia.....hambamu berdoa agar umat manusia sekalian bumi taat perintah kepada MU.....

ALWAYS BE THERE

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard


There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…



HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…



Maher Zain - Never Forget ft. Mesut Kurtis Lyrics

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

SUBHANALLAH

سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
Maher Zain:
As I traveled through the earth
I can’t help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground



Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
Mesut Kurtis:
جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك
سبحان الله
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك


Tuesday 15 March 2011

SYUKUR.................



ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH" Ungkapan yang sering dilafazkan sebagai seseorang itu bersyukur atau berterima kasih atas nikmat yang dikecapi seperti kejayaan , kesihatan,keuntungan,dan berbagai bagai bentuk nikmat.sejuk hati apabila mendengar ungkapan tersebut.


Ungkapan yang diucapkan sebenarnya menggambarkan kesucian hati seseorang yang merasakan nikmat yang diterima , lantas atas perasaan tersebut mendorong seseorang untuk melakukan taat.itulah hakikat syukur, bermula daripada hati yangs suci , jiwa yang bersih dan takut kepada Allah S.W.T.

Syukur seorang hamba tidak mencukupi dengan kata kata sahaja, kerana kata kata yang tidak disertakan dengan amalan adalah sifat NIFAQ atau hipokrit atau CAKAP TAK SERUPA BIKIN.Kerana itulah Imam Ghazali menyatakan hakikat syukur itu memalingkan segala nikmat yang diberikan daripada pendengaran dan penglihatan , kaki dan tangan serta nikmat nikmat yang lain pada tujuan nikmat tersebut dijadikan.

Ia bermaksud kita menggunakan segala anugerah Allah S.W.T yang diberikan kepada tujuan penciptaannya iaitu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.Orang yang menggunakan lidahnya untuk nercakap benar, membaca Al quraan, menyampaikan ilmu,memberi nasihat adalah orang yang bersyukur walaupun tidak berkata ALHAMDULILLAH kerana ia
telah menggunakan nikmat dengan cara yang betul.

Sebaliknya, orang yang mengucapkan ALHAMDULILLAH tetapi ketika yang sama derhaka kepada Allah,meninggalkan solat 5 waktu , khianat, dan bermacam macam larangan Allah , sebenarnya dia tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T.

Semoga Allah S.W.T menggolongkan kita dalam golongan orang yang bersyukur kepadaNya kerana Allah S.W.T menegaskan tidak ramai hamba NyA Bersyukur.Firman Allah S.W.T : TIDAK RAMAI DIKALANGAN HAMBAKU YANG BANYAK BERSYUKUR" SURAH AL- sABA : 13.

DARJAT YANG TINGGI


kelebihan bersyukur terlalu banyak,yang pasti ia membawa seorang hamba ke darjat yang tinggi disisi Allah S.W.T., orang bersyukur mendapat redha Allah S.W.T , terhindar dari azab Allah S.W.T dan denganbersyukur menjadi sebab bertambahnya nikmat.Firman Allah S.W.T " DEMI ALLAH SEKIRANYA KAMU BERSYUKUR NESCAYA AKU TAMBAHKAN NIKMAT KAMU, SEBALIKNYA SEKIRANYA KAMU MENGINGKARI NIKMAT- KU, INGATAH SESUNGUNHYA SEKSAAN -KU AMAT PEDIH"IBRAHIM: 7.


ORANG yang tidak mahu bersyukur adalah orang yang menafikan nikmat yang diberikan, tidak mengakui lantas menjadi orang yang kufur. Kufur atas nikmat yang diterima itulah seburuk buruk manusia yang tidak kenal dirinya, tidak mengenal Tuhannya dan akhirnya hidup dalam kemurkaan Allah S.W.T dan di akhirat nanti mendapat seksa yang berterusan.



.................

fiza

Monday 14 March 2011

40 KEISTEMEWAAN SEORANG WANITA





gambar hiasan.. i like..huhu


1-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2-Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3-Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4-Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6-Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7-Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8-Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12-Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13-Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14-Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18-Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19-Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21-Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
22-Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23-Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24-Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25-Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26-Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27-Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28-Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29-Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30-Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31-Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32-Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33-Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34-Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35-Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36-Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37-Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38-Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39-Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

nilah antara antara ciri2 keistimewaan wanita tetapi kena ingat wanita bernama isteri msh dalam kepimpinan seorang suami hormati dia seadaanya insyaAllah suami kita pun hormati kita...tetapi berpada pada ....dan mestilah mengikut panduan Islam bukan pengaruh Barat.

salam.............

ciri 2 isteri yang baik dan kewajipan suami isteri dalam Islam

Assalamualaikum wbt,

Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.

Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia.

Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.

Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang soleh, sudah pasti berhasil.

Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."

Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.

Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.

2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan

Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.

Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.

Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.

Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.

Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya

3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.

Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.

Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.

Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.

Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.

Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.

4. Malu dan taat

Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.

Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.

5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya

Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.

Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.

Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.

Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.
Hak Bersama Suami Istri
- Suami istri, hendaknya saling menumbuhkan suasana mawaddah dan rahmah. (Ar-Rum: 21)
- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat masing-masing pasangannya. (An-Nisa’: 19 - Al-Hujuraat: 10)
- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmonis. (An-Nisa’: 19)
- Hendaknya saling menasehati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)

Adab Suami Kepada Istri .
- Suami hendaknya menyadari bahwa istri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)
- Seorang istri bisa menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah clan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)
- Hendaknya senantiasa berdo’a kepada Allah meminta istri yang sholehah. (AI-Furqan: 74)
- Diantara kewajiban suami terhadap istri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali)
- Jika istri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan: (a) Memberi nasehat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34) … ‘Nusyuz’ adalah: Kedurhakaan istri kepada suami dalam hal ketaatan kepada Allah.
- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Tirmudzi)
- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk istri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
- Suami dilarang berlaku kasar terhadap istrinya. (Tirmidzi)
- Hendaklah jangan selalu mentaati istri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)
- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk istrinya. (Abu Ya’la)
- Suami wajib menggauli istrinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa’: 19)
- Suami wajib memberi makan istrinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).
- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada istrinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
- Suami wajib mengajarkan istrinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)
- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap istri. (An-Nisa’: 3)
- Suami tidak boleh membuka aib istri kepada siapapun. (Nasa’i)
- Apabila istri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali)
- Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada istrinya. (AI-Baqarah: ?40)

Adab Isteri Kepada Suami
- Hendaknya istri menyadari clan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa’: 34)
- Hendaknya istri menyadari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada istri. (Al-Baqarah: 228)
- Istri wajib mentaati suaminya selama bukan kemaksiatan. (An-Nisa’: 39)
- Diantara kewajiban istri terhadap suaminya, ialah:
a. Menyerahkan dirinya,
b. Mentaati suami,
c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan ijinnya,
d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami
e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali)
- Istri hendaknya selalu memenuhi hajat biologis suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Nasa’ i, Muttafaqun Alaih)
- Apabila seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu sang istri menolaknya, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meridhainya. (Muslim)
- Istri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Istri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Tirmidzi)
- Yang sangat penting bagi istri adalah ridha suami. Istri yang meninggal dunia dalam keridhaan suaminya akan masuk surga. (Ibnu Majah, TIrmidzi)
- Kepentingan istri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: “Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Timidzi)
- Istri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Thabrani)
- Istri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Thabrani)
- Istri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (saat suami tidak di rumah). (An-Nisa’: 34)
- Ada empat cobaan berat dalam pernikahan, yaitu: (1) Banyak anak (2) Sedikit harta (3) Tetangga yang buruk (4) lstri yang berkhianat. (Hasan Al-Bashri)
- Wanita Mukmin hanya dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. (Muttafaqun Alaih)
- Wanita dan laki-laki mukmin, wajib menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya. (An-Nur: 30-31)

Isteri Sholehah
- Apabila’ seorang istri, menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramddhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya Allah swt. akan memasukkannya ke dalam surga. (Ibnu Hibban)
- Istri sholehah itu lebih sering berada di dalam rumahnya, dan sangat jarang ke luar rumah. (Al-Ahzab : 33)
- Istri sebaiknya melaksanakan shalat lima waktu di dalam rumahnya. Sehingga terjaga dari fitnah. Shalatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid, dan shalatnya wanita di kamarnya lebih utama daripada shalat di dalam rumahnya. (lbnu Hibban)
- Hendaknya menjadikan istri-istri Rasulullah saw. sebagai tauladan utama

salam,
fiza

Sunday 13 March 2011

Tangungajawab isteri dalam Islam

TAAT

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

(Imam al-Ghazzali)

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

..amin semoga kita menjadi isteri yang solehah....

TIP CINTA SUAMI ISTERI


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

perspektif tangungjawab soreg suami

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.

Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN

Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya. Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN DAN MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

kebenaran dan kekufuran seorang isteri..........

opik yang aku nak sentuh dekat sini adalah tentang mengapa kebanyakkan wanita yang bergelar isteri dizaman sekarang ni seringkali meluah masalah rumahtangga mereka pada orang2 berkaitan maupun yang tiada kaitan dengan mereka. Aku sering bertanya pada diri mengapa benda ini berlaku. Aku belum dipihak mereka jadi persoalan ini belum mampu aku jawab sendiri. Mungkin inilah satu cara nak lepaskan bebanan yg sangat berat dirasakan dan jika diluahkan terlerailah sedikit kekusutan mslh rumahtangga yg dialami…

Tapi sebenarnya satu pengakuan yang jujur akan membawa kesan pada akhirat seorg isteri walaupun benda itu benar berlaku pada dirinya tapi hukum Allah tetap berjalan. Syurga dan neraka juga tetap ada menanti…

yang mampu aku peringatkan kepada isteri2 maupun pada diriku sendiri, ingatilah dan pelajarilah kisah Nabi Ibrahim semasa memilih menantunya (isteri Nabi Ismail)… dekat kisah itu, banyak pengajaran yang kita perolehi dan akan memastikan diri kita sentiasa beringat untuk menjadi isteri yang baik. Persoalan tentang fenomena ini jugak telah aku diskus ngn ust shauqi dan penjelasan ust sudah cukup jelas mengatakan haram hukum seorg isteri menceritakan mslh rumahtangga pada sesiapa walau dipihak yang benar… diskusi kami, aku sertakan sebagai panduan bersama… Wallahualam…

**************************************

1) apa HUKUM bagi istri yang menceritakan mslh rumahtangganya pada org? maksud saya jika si isteri mengatakan….. “sepanjang perkahwinan akak tak pernah hidup senang, kesusahan dan kerumitan hidup mang sentiasa, nak cerita tentang peribadi pun susah inikan lagi nak menambah beban lagi, smpai langit ketujuh pun akak jerit tak setujuh dia kawin lagi… demi anak2 akak terus bersabar.. bertahun2 akak pendam perasaan kesusahan hidup akak.. kalo bukan fikir anak2 dah lama kak lari bebaskan diri”… ini antara luahan seorg akak pada sue tentang dia tak setujuh suaminya kawin lagi… persoalan sue, apa hukum isteri ckp tentang kerumitan rumahtangganya pada bukan ahli kuarganya?
teringat saya kisah nabi ibrahim memilih menantu dengan menguji. ust mesti ingatkan kisah nabi ibrahim tuhh.. yg mana nabi ibrahim suruh tukar tiang depan umah nabi ismail. bila nabi ibrahim tanya apa terjadi sepanjang perkahwinan pada isteri nabi ismail, si isteri pun menjawab ngn jujur yg sepanjang perkahwinan mereka tak pernah hidup senang yang dirasai hanya kesusahan berpanjangan… nabi ibrahim suruh ceraikan ngn kiasan tukar tiang depan umah… jadi, zaman skrng ni masih bole ke pakai bila isteri2 menceritakan keadaan umahtangga yg sebenar pada org lain supaya si suami tak kahwin lagi… tak ke dianggap isteri tadi ni isteri yang tidak baik sbb mengaibkan suami ngn menceritakan kesusahan yg dia alami? andai niat si isteri menceritakan agar puan lain faham keadaan sebenar yg dialaminya dan puan tuhh akan beralah untuk berkongsi hidup ngn mereka, tetap salah ke dari sudut agama? sbb ciri2 isteri yg baik adalah menjaga aib suaminya dan menutup kisah rumahtangga mereka.
2) persoalan kedua, apa hukum jika si suami tetap mahu berpoligami walau isterinya tak izin ngn niat nak elak dari maksiat.. dari bercouple, baik kawin,cara yg lbh selamat dari sudut agama… tapi dlm agama berpoligami cuma hanya untuk lelaki yg berkemampuan..
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa, ayat: 3)



****************************************


1. Tak boeh isteri membuka keaiban rumahtangganya pada orang lain apatah lagi menceritakan tentang keburukan suaminya. Hukumnya adalah haram.


2. isteri tidak menanggung dosa suami kerana urusan kepimpinan terletak di atas bahu suami. Suami tak boleh jadikan alasan untuk menyalahkan isteri kalau dia berzina apabila isteri tak izin dia kawin lagi.

semoga roh Mohd Azizan azirid dikalangan org yang beriman......


salam...

akak mengucapkan takziah wat keluarga eeda dan sekeluarga....pemergian arwah jgn ditanggiskan ..akibat kecuaian manusia juga.....kalau tidak arwah boleh diselamatkan lagi...eeda kalu baca blog akak ni eeda tenangkan diri ekh.....salah pihak PULAPOL(Pusat latihan Polis Kuala Lumpur jln semarak) juga tak menjaga kebersihan , tidak mengambil berat kat arwah ni......banyakkan doa ekh....nasib baik abang akak bagitahu ....bykkan bersabar...dugaan demi satu persatu....akak jauh eeda...klu dekat dah lama akak gi tgk family eeda kat sana.... kematian arwah masuk dlm semua newspaper.....apapun bila dah wat posportum kita akan tahu dik....PIHAK kementerian kesihatan Malaysia siasat nanti....


ALLAH LEBIH SYGKAN ARWAH...MUDAH MUDAHAN ARWAH DITEMPAT DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN....
AMINNNNN..................

fiza

Friday 11 March 2011

Pengajaran peristiwa tsunami di Jepun dalam sifat 20.

Peristiwa 26 Disember yang lalu merupakan suatu kejadian alam yang seakan memudarkan tahap kemusnahan yang berlaku pada peristiwa 11 September di New York atau akibat bom atom yang digugurkan di Jepun dulu. Sehebat manapun pekerjaan manusia, ianya tiada terbanding dengan penzahiran dari sifat Qudrat Pencipta. Kesedaran ini sepatutnya membimbing manusia supaya lebih bimbang kepada kemurkaan Pencipta daripada kemarahan kuasa-kuasa besar di dunia. Kesedaran ini membawa manusia supaya mengutamakan keredaan Pencipta daripada keredaan kuasa-kuasa besar di dunia.

Kemusnahan yang ‘partial’ ini mengingatkan kita kepada kemusnahan yang ‘absolute’ yang akan berlaku menjelang hari Qiyamat nanti. Gegaran bumi pada bacaan sembilan skala Ritcher adalah sebahagian bayangan kepada kedahsyatan yang akan berlaku pada gempa yang hebat itu. Kita sebagai muslim, menilai seluruh peristiwa yang berlaku dengan ungkapan kesedaran “ Wahai Tuhan, tiadalah Engkau jadikan perkara ini begitu sahaja, Maha Suci Engkau, maka selamatkan kami daripada siksaan neraka”. Apa sahaja peristiwa yang berlaku memungkinkan kita terjerumus kedalam neraka, seumpama apabila berlaku tsunami ini, terdapat golongan yang cuba memperdaya manusia lain agar jangan dikaitkan peristiwa ini dengan Pencipta alam dan dengan pengajaran-pengajaran agama. Mereka bersungguh-sungguh mahu manusia lain memahami peristiwa ini pada huraian peringkat fizikal semata-mata , tanpa melihat kepada pemahaman pada peringkat-peringkat yang lainnya.

Muslim dengan pegangan agama yang mencorak paradigm-nya sudah tentu melihat peristiwa dahsyat ini melalui ‘kanta’ aqidahnya. Seumpamanya melalui kanta kefahaman yang dijelaskan di dalam perbincangan aqidah mengikut huraian sifat 20. Huraian ini mengajar kita untuk melihat peristiwa tsunami ini pada tiga peringkat pemahaman.

Peringkat I: Allah tiada Tuhan selain-Nya, bersifat dengan Qudrat dan Iradat. (Perbincangan Hukum Aqal)

Allah melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Tiada yang berlaku di luar kehendak Allah, maha suci Allah daripada mengadakan atau meniadakan sesuatu kerana digagahi oleh yang lain, atau kerana lalai atau terlupa, atau memerlukan ‘illat (penyebab) atau terikat pada tabiat sesuatu itu. Allah memiliki Qudrat dan Iradat yang mutlak, kita sebagai hamba-Nya wajib beriman bahawa Allah mengadakan sesuatu atau meniadakan sesuatu dengan hikmah yang diketahui-Nya, mungkin sahaja hikmah itu diluar kemampuan kita untuk memahaminya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dia(Allah) tidak disoal tentang apa yang diperbuat-Nya, dan mereka (manusia) yang akan dipersoalkan tentang perbuatan-perbuatan mereka”. [al-anbiya:23].

Keyakinan sebegini akan membuatkan kita tidak perlu mempersoalkan, sebagai contoh, kenapa tsunami berlaku di kawasan yang di diami oleh penduduk Islam sedangkan kawasan-kawasan lain yang selamat pula mempunyai penduduknya melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Kita yakin bahawa Qudrat dan Iradat-Nya boleh mengadakan dan meniadakan semua yang mungkin.

Peringkat II. Kita sebagai hamba Allah
(Perbincangan Hukum syara)

Kita sebagai hamba kepada Allah dituntut oleh syara supaya melakukan amalan-amalan tertentu berdasarkan masa, tempat dan keadaan. Syara ada menentukan bentuk amalan yang perlu dilakukan apabila kita ditimpa bencana termasuklah gempa-bumi, syara juga menganjurkan kesedaran kerohanian yang perlu dibentuk ketika kita berhadapan dengan bencana. Di antara tulisan ulama yang mengupas tajuk gempa-bumi secara khusus ialah tulisan Imam Sayuti “Kasyafu al-Solsolati ‘ani wasfi al-Zilzalah”. Kita juga akan mendapat sebutan tentang gempa-bumi pada perbincangan berkenaan tanda-tanda menjelangnya Qiyamat.

Ulama menafsirkan ayat 41 Surah Rum yang bermaksud: “Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana apa yang dikerjakan oleh tangan manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian daripada akibat dari apa mereka kerjakan, semoga dengan itu mereka kembali (patuh kepada Allah)” dengan antara lain bermaksud Allah membiarkan bencana, temasuk gempa bumi, berlaku apabila manusia melakukan maksiat, serta dihilangkan keberkatan pada bumi tersebut. Apabila manusia mentaati Allah, Allah akan menurunkan keberkatan seumpama yang diisyaratkan di dalam Hadith Abu Daud yang bermaksud: “Suatu hukum hudud yang didirikan di bumi lebih dikasihi (kerana manafaatnya) oleh penduduknya daripada ditimpa hujan 40 pagi”. Hal ini disebabkan apabila hukum agama dilaksana dengan sebenarnya, ia dapat mencegah kebanyakan manusia daripada perkara yang diharamkan, Apabila maksiat ditinggalkan, ianya menjadi sebab terhasilnya berkat daripada langit dan bumi (lihat Asasu fi as-Sunnah wa fiqhiha – Al ‘Aqaidu al-Islamiyyah jilid 2.m/s:1034-1036 ).

Imam Sayuti menyebut yang ulama tafsir menghikayatkan gempa-bumi yang pertama dialami manusia ialah apabila Qabil membunuh saudaranya Habil, bumi telah bergegar selama tujuh hari. Hari ini kita berkebetulan melihat daerah yang kuat dilanda tsunami adalah negeri-negeri yang bergolak dengan perang sesama sendiri seperti Acheh, Selatan Thailand, Sri Langka sehingga ke Somalia di Afrika. Imam ini juga memperingatkan kita yang peristiwa gempa bumi merupakan merupakan peringatan amaran dari Allah SWT kepada hamba-Nya ketika mereka terlibat dengan kemungkaran dan ianya juga merupakan tanda-tanda Qiyamat.

Imam ini juga mendatangkan sebuah athar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan al-Hakim:

Saiyyidina Anas telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah , dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki: “wahai Ummu al-Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”. Beliau berkata: “apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, dan meminum arak dan memukul alat muzik, maka menjadikan Allah yang di langit-Nya berfirman kepada bumi “ gegarkan mereka” sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah. Maka bertanya Anas: “Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa-bumi)?. Aisyhah menjawab: ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Serta ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.

Imam ini juga mendatangkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi:

Apabila faie’ diambil berdasarkan golongan, dan amanah sebagai harta rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan kerana agama, apabila lelaki taat kepada isterinya serta durhaka kepada ibunya, seseoarng itu akrab dengan kawan-kawannya serta berjauhan daripada ayahnya, suara ditinggikan di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin bagi sesuatu kabilah yang paling fasiq antara mereka, menjadi pemimpin sesuatu kaum yang terhina di antara mereka, penghormatan kepada seseorang kerana takutkan kejahatannya , munculnya penyanyi-penyayi dari hamba perempuan dan alat-alat muzik, meminum arak, orang terkemudian dari ummat ini menghina yang golongan yang sebelum mereka , maka bersedialah ketika itu dengan kedatangan angin merah, dan gempa-bumi, dan bumi tenggelam (cave-in), dan manusia bertukar kepada binatang…

Imam ini juga mendatangkan perkataan ‘Ata al-Khurasani :
Apabila terdapat lima perkara berlakulah lima perkara. Apabila memakan riba, maka berlakulah bumi tenggelam dan gempa-bumi. Apabila zalimnya pemerentah, maka tertahanlah hujan, apabila meluasnya zina, maka banyaklah kematian, apabila ditahan pembayaran zakat, binasalah mata pencarian, dan apabila dikhianati ahli zimmah maka runtuhlah kerajaan.

Ketika berlakunya gerhana matahari pada hari kewafatan anak baginda, Ibrahim, Rasulullah SAW telah bersabda tentang sikap yang perlu ada pada muslim di dalam berhadapan dengan peristiwa gerhana. Sikap itu jugalah yang perlu ada ketika berlaku gempa-bumi :
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana keduanya kerana kematian seseorang, tetapi keduanya merupakan dua ayat dari ayat-ayat Allah (dari tanda kebesaran Allah), kembali (rujuk mencari reda-Nya) dengan peristiwa keduanya (kejadian gerhana) oleh hamba-hamba-Nya. Supaya dilihat siapa yang takut kepada-Nya dan siapa yang mengingati-Nya

Untuk menghampiri kepada faham, kita umpamakan kita berada di dalam majlis raja. Walaupun raja setakat berdehem ketika kita sedang bercakap atau kita sedang melakukan sesuatu, kita akan segera bertanyakan diri kita “adakah raja berdehem itu sebagai isyarat untuk menegur kita, mungkin kerana kita tersalah cakap atau tersalah laku di dalam majlis baginda”. Raja itu mungkin berdehem kerana tengkuknya parau atau lain-lain sebab, tetapi kita sebagai orang bawahan sentiasa bersikap berhati-hati dan berwaspada terhadap setiap reaksi daripada baginda. Sudah tentu tiada bandingan kebesaran dan kekuasaan seorang raja di dunia ini apabila dikira dengan kebesaran dan kekuasaan Allah, Tuhan sekelian alam, maka adab yang dituntut daripada hamba kepada Tuhannya tentulah lebih halus dan lebih cermat .

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan tiada Kami utuskan ayat-ayat (tanda kebesaran ) melainkan untuk menakutkan (hamba-hamba Kami agar mereka kembali taat) (Isra : 59)

Allah kemudiannya mengingatkan kita dengan sikap buruk golongan yang tidak mahu belajar dan insaf dengan peringatan Allah:
Dan Kami menakutkan mereka (dengan pohon zaqqum dan lain-lain azab), tetapi tidak menambah kepada mereka kecuali pendurhakaan yang besar semata-mata (Isra:60)

Amalan yang dianjurkan ketika gempa bumi.

1-Sembahyang

Imam Sayuti juga menulis yang Imam as-Syafie’ telah mengeluarkan riwayat di dalam kitabnya al-Umm dan juga dikeluarkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam kitab sunan-nya yang Sayyidina Ali bin Abi Talib telah sembahyang sunnat gempa-bumi sebanyak 6 kali ruku dan 4 kali sujud, begitu juga athar sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah yang menyatakan bahawa sesungguhnya Ibnu Abbas bersembahyang ketika belaku gempa bumi sebanyak kali 4 sujud dan 6 kali ruku. Imam Nawawi telah mengikut Imam Syafie dengan mengatakan sembahyang ini dilakukan secara perseorangan dan bukan secara berjamaah. Dan ianya dilakukan apabila berlaku gempa bumi walaupun di waktu ditegahkan sembahyang untuk sembahyang lainnya.

2-Bersegera ke masjid

Telah dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah : manusia telah kelam-kabut ketakutan ketika berlaku gerhana matahari atau bulan atau seuatu bencana, maka berkatalah Sya’bi: “hendaklah kamu ke masjid , maka sesungguh yang demikian itu daripada sunnah”

3-Membaca istighfar.

Istighfar bagi Saiyyidina Adam

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami,sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, niscaya jadilah kami daripada golongan yang rugi”.

Istighfar bagi Sayyyidina Nuh :

“Dan sekiranya, Engkau tiada ampuni bagi ku dan mengasihaniku , maka aku daripada golongan yang rugi”

Istighfar bagi Sayyidina Musa:

Wahai Tuhan, aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku

Istighfar Nabi Yunus:

“Tiada tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku telah termasuk golongan yang zalim”.

4- Membuat kebajikan

Ketika berlakunya gempa-bumi disuruh bersedeqah sebagai qiyas kepada amalan yang disuruh ketika berlaku gerhana, membanyakkan tasbih kerana ia dapat melindung daripada azab sebagaimana ketika diserang wabak taun, membanyakkan takbir sebagaimana ketika berlaku kebakaran, membanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW, kerana ianya pelindung daripada segala bala, yang dapat menolak segala kejahatan, ianya mendatang kebajikan bagi urusan dunia dan akhirat.


Peringkat III. Sebab-sebab fizikal berlakunya gempa-bumi & tsunami
(Perbincangan Hukum Adat)

Kita diajar untuk memahami dan menerima sebab-sebab fizikal yang mengakibatkan berlakunya sesuatu kejadian, di dalam perbincangan sifat 20, ianya disebut sebagai hukum adat..Hukum adat ditakrifkan sebagai “ketetapan yang kita terima bahawa terdapatnya hubungan di antara sesuatu perkara dengan suatu perkara lain semada dalam menentukan ada atau tiadanya perkara itu, dan penerimaan ini berdasarkan pemerhatian yang hubungan tersebut berlaku secara berulang-ulang, hukum ini diterima walaupun ada keadaannya perkara tersebut tidak semestinya memberi kesan kepada yang satu lagi”

Kenyataan hukum adat ini mempunyai wajah yang sangat saintifik, ianya meliputi menentukan kebenaran sesuatu itu kerana sesuatu fenomena itu berlaku secara berulang-ulang, contohnya air beku pada suhu 0 centigrade dan mendidih pada suhu 100 centigrade, yakni diterima hubungan suhu tertentu dengan sifat beku dan mendidihnya air. Juga diterima terdapat pengekecualian kepada ketetapan itu misalnya tabiat air itu akan sedikit berubah apabila berada di kawasan tanah tinggi yang tekanannya rendah atau ditambah garam kepadanya.

Pada peringkat perbincangan hukum adat ini, kita mengkaji dan boleh menerima kajian orang lain tentang sebab-sebab fizikal berlakunya gempa-bumi yang berpusat di pantai barat Sumatra itu. Kita dapat menerima penerangan yang menjelaskan pergerakan tectonic, kepingan India (Indian Plate) bergerak ke arah timur laut pada kadar 61mm/setahun, lebih kurang kadar pertumbuhan kuku jari tangan kita. Kepingan India ini menyelip masuk ke bawah Kepingan Burma bermula di ‘Sunda Trench’, Apabila terbentuk tekanan yang tinggi pada gerakan kepingan ini, ianya mengakibatkan berlakunya `thrust-faulting’ pada permukaan pertemuan dua kepingan ini, thrust faulting ini mengakibatkan berlaku slip faulting yang selari dengan Sunda Trench dan strike-slip faulting yang setentang (perpendicular) dengan Sunda Trench. Secara keseluruhan, sempadan kepingan tectonic sepanjang 1200km telah mengelunsur (slip), yang mengakibatkan gerakan vertikal setinggi 15 m. Ini menyebabkan permukaan laut di kawasan yang terbabit melonjak naik beberapa meter. Pergerakan permukaan dasar laut inilah pula yang menyebabkan berlakunya tsunami.

Walaupun teori gerakan tectonic banyak membantu kita memahami sebab-sebab berlakunya gempa bumi dan kegiatan gunung berapi tetapi ahli sains masih mencari mekanisma yang lain untuk menerangkan gempa-bumi yang pernah berlaku di New Madrid, Missouri pada tahun 1881-1882 dan di Charleston, South Carolina pada tahun 1886.


Akhir kalam

Kita perlu menilai bumi kita ini melalui perspektif sains conventional dan yang tidak conventional . kita perlu menimbang pendekatan yang disebut Fritjof Chapra di dalam bukunya ‘The Turning Point’ atau oleh Simon Winchester, pengarang Krakatoa:The Day the World Exploded, August 27,1883’ di dalam artikelnya The Year The Earth Fought Back yang disiarkan akhbar The New York Times pada 29 /12/2004. Alam perlu juga dilihat sebagai organisma yang elemen-elemennya berinteraksi sesama sendiri dan bumi bukannya semata-mata menerima apa sahaja yang dilakukan di atas permukaannya.

Aktiviti manusia mungkin menambah parah kesan yang dialami akibat tsunami, banyak hutan-hutan persisiran pantai, termasuk hutan bakau, telah ditebang serta dibina banyak penempatan untuk tujuan perlacongan dan rekrasi di gigi-gigi pantai. Semua ini mendedahkan lebih ramai manusia kepada ancaman tsunami. Kita perlu menimbang semula kewajaran projek yang dirancang atau yang sedang dibangunkan sekiranya ia bersifat janggal dengan susun atur alam itu sendiri seumpama pembinaan bandar di tengah-tengah sebuah sungai. Kita perlu membangunan dengan mengambil kira penyesuaiannya dengan elemen alam di situ dan bukan dengan sikap mahu menundukkan elemen-elemen alam dengan memaksa sesuatu projek di sesuatu tempat tanpa kewajaran. Kita perlu menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan bukannya alam sekitar perlu menyesuaikan keadaannya dengan kemahuan kita.

Kita melihat bagaimana masyarakat seluruh dunia tidak dapat bertindak secara efektif tatkala berdepan dengan fenomena alam yang dahsyat ini. Kita tidak dapat membaca isyarat-isyarat awal yang menandakan kedatangan gempa ini walaupun terdapat pusat-pusat pemerhatian gempa bumi dan satelit yang sangat canggih di negara-negara maju seperti di Jepun, Australia dan Amerika.Sebuah artikel di dalam The New York Times pada 31 Disember 2004 “How Scientists and Victims Watched Helplessly” mengambarkan sebahagian keterbatasan pengetahuan dan tindakan manusia apabila berdepan dengan bencana ini.

Kita membaca berita yang melapurkan bahawa ikan-ikan telah berkelakuan ganjil di perairan pantai barat Semenanjung dua-tiga hari sebelum peristiwa ini berlaku. Manusia juga tahu binatang-binatang yang tinggal di dalam lubang bawah tanah akan keluar daripada lubang mereka sebelum berlaku gempa-bumi. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian binatang mempunyai deria yang tidak dimiliki oleh manusia. Inilah sebahagian daripada penzahiran kuasa Allah, dan ianya menambahkan keyakinan kita kepada kebenaran khabar-khabar tentang alam ghaib yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, umpama soalan malaikat di dalam kubur yang dikhabarkan dapat didengar oleh binatang ternakan tetapi terlindung daripada pendengaran manusia dan jin.

Akhirnya kita perlu sedar yang kita sebenarnya idak selamat daripada bala Allah walaupun di mana kita berada, ujian boleh datang di dalam bentuk yang berbeza. Allah memperingatkan kita dengan firman-Nya yang bermaksud:Adakah kamu merasa aman dari Allah yang (kekuasaan-Nya) di langit daripada menenggelamkan bumi bersama kamu, sehingga tiba-tiba bumi bergoncang atau adakah kamu merasa aman daripada Allah yang (kekuasaan-Nya) di langit menghantarkan ke atas kamu angin kencang yang mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku” (al-Mulk 16-17).

Marilah kita kembali mengerjakan dan mendakwah amalan kebajikan yang batin serta zahirnya pada peringkat dalaman dan luaran diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Semoga kita akan kembali kepada-Nya dengan hati yang sejahtera.

Wallahu ‘alam


ALLAH MAHA KUASA INGATLAH........



Thursday 10 March 2011

SOLAT ITU BUANG MASA ???


“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!

fiza...