Thursday 4 August 2011

SARAWAK

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.

Geografi
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Sejarah

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

Ekonomi Sarawak
Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih. Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.Sejak 1980-an, Sarawak telah mula mempelbagai dan mengubah ekonominya kepada bentuk industri. Taktik ini telah berjaya, dan kini industri perkilangan dan teknologi memainkan peranan penting dalam membentuk pengembangan ekonomi negeri.Walaupun merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, Sarawak mampu untuk membangunkan semua bahagian dan daerah negeri tersebut untuk mengejar status negeri maju pada tahun 2020. Sarawak bersamaan dengan Selangor mempunyai dua bandar raya iaitu Bandaraya Kuching dan Miri.Dengan adanya kawasan yang luas dan kaya dengan sumber alam, Sarawak telah menjadi antara pilihan menarik bagi para pelabur.

Pelancongan di Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua Pari, Taman Ranchan, Sungai Cina, Taman Kubah, Taman Hidupan Liar Matang, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.Pusat membeli belah yang popular adalah Lebuh India dan Lebuh Carpenterdan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.Bandaraya Kuching juga mempunyai beberapa jenis muzium seperti Muzium Sarawak, Muzium Tamadun Islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium Masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kucing.

Bukit & Gunung

Bukit Asek
Bukit Aup
Bukit Buruk Recam
Bukit Tudal
Bukit Skalap
Bukit Song
Bukit Semalong
Bukit Lumut
Bukit Mersing
Bukit Batu
Bukit Kayo
Bukit Goram
Bukit Kumbong
Bukit Sadok
Gunung Mulu
Gunung Murud
Gunung Ampungara
Gunung Buri
Gunung Santubong
Gunung Sejinjang
Bukit Mas
Bukit Kayu Malam

Taman Negara
Taman Negara Bako
Taman Negara Batang Ai
Taman Negara Kubah
Taman Negara Mulu
Taman Negara Niah
Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Similajau
Taman Negara Lambir

Pantai

Pantai Damai
Pantai Puteri
Pantai Buntal
Pantai Sematan
Pantai Siar
Pantai Pandan
Pantai Gerigat
Pantai Tanjung Kembang
Pantai Kidurong
Pantai Brighton
Pantai Hawai

Sungai
Sungai Sarawak
Sungai Krian
Sungai Maong
Sungai Tapang
Batang Rajang
Batang Lupar
Batang Kayan
Batang Layar
Batang Igan
Batang Ai

Pengangkutan di Sarawak
Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berselirat menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia.
Walau bagaimanapun kini pengangkutan darat melalui jalan raya semakin penting dengan terbinanya Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan ibu negeri Kuching dengan bandar-bandar utama yang lain seperti Sri Aman, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Bandar Sibu juga boleh dihubungi melalui pengangkutan sungai dan amat sinonim dengan bot-bot expres yang menjadikan bandar Sibu sebagai pusat utama untuk pemunggahan barang dagangan yang datangnya dari bandar dan pekan-pekan sekitar seperti Sarikei, Kanowit, Song dan Kapit. Terdapat bas yang menghubungkan Pontianak, Indonesia dengan Kuching dan Bandar Seri Begawan, Brunei dengan Miri.
Bandar Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Mukah, Limbang dan Lawas juga boleh dihubungi melalui pengangkutan udara. Pekan-pekan kecil di kawasan pendalaman seperti Bario dan Ba'kelalan juga boleh dihubungi melalui laluan udara.

share ttg keunikkan negeri sarawak/./
fiZA BOULEVARD

No comments: